Sunday 10 August 2014

Imperial Kuching sedia penginapan lengkap

Permandangan hadapan bangunan Hotel Imperial Kuching

Ahli perniagaan dan badan korporat pasti akan tertarik dengan perkhidmatan dan kemudahan yang terdapat di Hotel Imperial Kuching yang baharu dirasmikan pada 9 Jun lalu.

Dua dewan utama dengan sembilan bilik mesyuarat pelbagai guna, saiz dan bentuk meliputi kawasan seluas 5,856 meter persegi dilihat dapat memenuhi keperluan bagi pelbagai acara mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE).

Dewan tersebut iaitu Imperial Grand Ballroom dan Boulevard Grand Ballroom masing-masing dapat menempatkan seramai 1,400 tetamu untuk bankuet dan 500 orang bagi acara resepsi secara bankuet. Selain itu, terdapat sembilan lagi bilik mesyuarat pelbagai guna, saiz dan bentuk memenuhi keperluan penganjuran seminar dan mesyuarat.

Mempunyai kumpulan pekerja yang berdedikasi dalam memberikan perkhidmatan berkualiti setiap masa, Hotel Imperial Kuching merupakan tempat yang sesuai untuk mengadakan apa sahaja majlis.

Malah lebih mengujakan apabila hotel itu juga terletak di bangunan yang sama dengan pusat membeli-belah Boulevard yang menempatkan pelbagai kedai dan restoran. Selain itu, kedudukannya juga strategik iaitu hanya lima minit memandu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) dan 10 minit untuk ke kawasan perniagaan di pusat bandar.



Selain itu, hotel ini merupakan yang pertama di Sarawak melanggani Solusi Hospitaliti Hiburan (Hospitality Entertainment Solution) daripada Telekom Malaysia Berhad (TM) dengan pakej hiburan serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terkini. Solusi Hospitaliti Hiburan itu merupakan pakej yang terdiri daripada penyelesaian jalur lebar dalam bangunan (in-building broadband solution - IBS), perkhidmatan IPTV TM-HyppTV dan perkhidmatan pusat panggilan.

Hotel kelas perniagaan bertaraf empat bintang ini menawarkan 339 bilik tetamu dan suites termasuk dua aras eksekutif dengan rekaan teliti yang praktikal dan menenangkan minda. Setiap bilik dilengkapi dengan televisyen LED 42 inci, peti sejuk, mini bar, kemudahan membuat kopi dan teh, saluran HyppTV, bilik air dengan tab mandi yang berasingan dengan paip mandi, seterika dan papan seterika, pengering rambut serta kemudahan WiFi percuma.

Kemudahan lain yang turut disediakan kepada tetamu hotel adalah pusat kecergasan di aras enam yang lengkap dengan gimnasium, sauna dan kolam renang. Bagi mereka yang memandu kenderaan sendiri, mereka boleh meletakkan kereta secara percuma di parkir bawah tanah, manakala pengangkutan percuma berjadual juga disediakan dari atau ke LTAK serta daerah pusat perniagaan (CBD).

Bagi keperluan makanan, sebuah restoran kontemporari, Restoran Imperial Garden menawarkan komprehensif menu ala carte gabungan makanan barat, timur dan tempatan serta bufet sarapan.

Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Imperial Hotel Kuching di talian 082-588999 atau e-mel ke enquiries@imperialhotelkuching.com.my atau melayari laman web www.imperialhotelkuching.com.my.

-utusan online.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.